top of page

ADABI

RAWANG: Adabi Consumer Industries menyasarkan pendapatan sebanyak RM648 juta tahun pada 2018, lebih 20 peratus berbanding tahun lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Mahadzir Datuk Syed Manshor, berkata syarikat yakin mampu mencapai sasaran memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap lebih 100 produk jenama berkenaan di pasaran.

 

"Pada tahun lalu pendapatan Adabi sebanyak RM540 juta meliputi produk berasaskan rempah ratus, pes perencah masakan, makanan dalam tin dan pelbagai produk lain yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

"Ditambah pula dengan produk baru Adabi iaitu perencah mee goreng ini, saya berkeyakinan sasaran berkenaan boleh dicapai," katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di premis Adabi di sini, hari ini.

PROTON

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) mencatatkan peningkatan jualan pada Februari 2020 sebanyak 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Ia menjadikan syarikat automotif itu merekodkan hasil jualan kukuh dalam bulan kedua berturut-turut untuk 2020.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, sebanyak 9,974 unit telah didaftarkan, memperlihatkan peningkatan 17.3 peratus berbanding Januari 2020.

 

Beliau berkata, hasil daripada peningkatan ini, penguasaan pasaran PROTON untuk bulan berkenaan dianggarkan adalah 23.8 peratus, rekod tertinggi berbanding Ogos 2013.

 

“Tiga model daripada rangkaian semasa PROTON menjadi model paling popular pada bulan Februari dalam segmen masing-masing.

 

“Persona kembali menguasai carta bagi Sedan segmen B dengan kutipan jualan sebanyak 2,653 unit atau hampir dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya.

 

“Selain itu, dengan jualan sebanyak 1,973 unit, Proton X70 menjadi SUV paling popular di Malaysia untuk bulan kedua berturut-turut di mana pelanggan yang menempah awal Proton X70 2020 sudah mula menerima kereta mereka.

bottom of page